About Me

Assalamualaikum

Hi! Saya Muhammad Amir bin Aminuddin, seorang guru di SK St Mark (M) Selangau, Sibu, Sarawak.

Orang Kedah

Saya ni orang Kedah dan sudah bertugas di pedalaman Sarawak hampir 8 tahun (2012 hingga kini). PISMP Batch ke 2, posting 2012. Saya merupakan seorang guru Sains Tahun 2 (setiap tahun bertukar), guru English (PITO program, elektif), Matematik dan Pendidikan Jasmani. .Mesti selalu orang tanya, best ka dok pedalaman? Pasaipa (kenapa) tak mau pindah? Duit banyak sebab dok Sarawak? Tak, bukan semua sangkalan tu tepat, harap tu hanya gurauan dari kawan-kawan ja. Sebab utama, jatuh hati tinggal dalam persekitaran Iban ni. Murid dan ibubapa, sangat menghormati guru. Nikmat bila kita dapat hirup udara segar dan orang kampung yang sangat baik, tu antara nikmat yang abang tak boleh nak nafi. Menjawab soalan duit banyak tu, sini abang nak betulkan miskonsepsi sesetengah individu bahawa, duit lebihan tu hanya untuk keperluan tiket tambang balik dari Sibu ke KL dan Kl ke Kedah/ Kelantan. Sebab abang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang puteri, (5 tahun dan 3 tahun) jadi tiket kapal terbang dah dikira harga dewasa walaupun kanak-kanak. Bukan boleh balik selalu, dan kos yang sangat besar setiap kali pi dan balik. Mana-mana guru yang biasa duduk di Pedalaman Sarawak dan Sabah mesti sangat arif pasai benda ni. Tapi tu bukan main point dia, abang bersyukur di postingkan di sini (Nanga Tamin) sebab banyak benda abang boleh belajaq dan lalui apa yang orang bandar (maaf ya) tak lalui di pedalaman. Nanti abang akan share kan life abang susah dan senang di pedalaman, dari bujang sampai la berkeluarga. Supaya memori ni, abang boleh simpan dan kenangkan bila mana, abang rindukan MENUA (bahasa Iban maksudnya Kampung) Nanga Tamin ni nanti.

Why this blog?

So, blog/ website ni, saya hasilkan bertujuan untuk menjawab segala persoalan, ke arah pembangunan pendidikan yang lebih bermutu dan perkongsian ilmu tentang bagaimana hidup seorang guru di pedalaman. Sebab, bagi saya, apabila ilmu dikongsi dan disebarkan adalah satu kepuasan. Jadi, saya akan cuba permudahkan penggunaan bahasa dalam penulisan blog minimalist ni. Insya Allah

DAY 44/89: Tengah mengajar lagu Wau Bulan/ Ewa Bule untuk murid Grade 3, Indeogwon Elementary School
Day 29/89: Main Padminton (Bet Pingpong dan Shuttlecock Badminton) bersama Grade 6, Indeogwon Elementary School

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started