Featured

Perjalananku Masih Jauh

Bismillahirahmanirahim

Pada awalnya, takda plan pun nak buat blog ni. So, tiba-tiba bila dapat join program #KOMTEP ni, tergerak hati nak tulis dan share ilmu yang abang rasa bermanfaat untuk dikongsi. Maka terhasil la penulisan blog ni. Kenapa abang nak share;

1. Apa tu KOMTEP? Nak betulkan misconception guru tentang projek plan.

2. Apa sebenarnya projek plan, macam mana nak murnikan (insya Allah, abang cuba)

3. Apa yang mahu kita bawak?

4. Apa yang kita nak bawak balik (yes, ilmu) ?

Ok, sebelum kita pi lagi jauh, nak start la story, macam mana abang boleh apply ni.

Surat PPD

First sekali, dari mana tau program KOMTEP ni? Dulu masa pi PPD Selangau, abang dimintak untuk ambik surat bagi pihak sekolah. So ambik la surat dan, TERnampak satu surat, ada tulis kat kaunter PPD tu, “Saiful bin **” di atas meja, siap tulis Tawaran Temuduga Program Pertukaran Guru Malaysia ke Korea, (lebih kurang gitu la bunyi dia, lama dah, last year 2018), so memang macam wow! Ada ka program macam ni. DALAM HATI siap cakap, mesti power mamat (Cikgu Saiful) ni (Tak rapat pun, kurang jumpa), “Perghhh dashyat la”. So, memang kagum. Tapi benda ni stop macam tu ja. Tak pi google apa-apa pun sebab ya la kan (dalam hati, macam susah ja program ni). Ntah la, biaq pi la. Fine.

Bila tak lama lepas tu, dapat pulak berita cakap, “wei amet, si seypul (saiful) tu dah pi Korea. Pergh, memang power dan masa tu, masih pun belom rapat dengan cikgu Saiful ni. Ada yang cakap, dia power, dan macam-macam lagi. Sebenaqnya tu, memang rezeki dia. DAN tak penah tanam dalam hati nak pi KOREA pun! Sebab bukan kaleng-kaleng (calang-calang) untuk sapa-sapa yang terpilih

Camping TKRS

Perjalanan KOMTEP abang ni diteruskan, bila mana Allah, takdirkan Cikgu Saiful ni kena pindah sekolah ke sekolah area daerah abang jugak, Zon 1, dipindahkan atas sebab Redeployment guru lepas dia balik dari Korea. Jadi, Allah takdirkan abang untuk jumpa dia masa kem TKRS tu di SK St Matthew, Sekuau.

So, abang pun start la tegoq-tegoq dia, “apa khabar orang korea?wow, dah macam korea (ya, dia memang macam KOREAN guys versi SABAH!). Besidang la sat masa murid dok sibuk pasang khemah dan sediakan gajet untuk camping. Masa ni, abang dengaq ja apa dia nak kongsi, sebab abang rasa benda ni sangat bemanfaat. So abang hormat dan respect dia walaupun tak kenai dan rapat sangat. Bermula la cerita pasai KOMTEP ni, sejarah dia dan macam-macam lagi tambah-tambah pasai projek plan. Abang just dengaq dan DALAM HATI (aku betoi ka ni nak apply?) dan apa yang aku nak bawak untuk program ni. Blur teruih

Masa camping tu, abang jadi Camp Commandant (walaupun takda tauliah) atas vote kawan-kawan (bidan terjun), jadi terputus la cerita Cikgu Saiful ni pasai KOMTEP sebab busy dok mengarah orang sana sini. Balik dari Kem, teruih lupa nak google dan tak ingat apa dah. So done here. Bukan senang jugak nak dapat, sebab kita mesti lalui selection camp (last year) dan tahun ni (interview di Precint 13 BPG Putrajaya). So memang susah nak dapat, hanya 10 orang guru yang abang percaya TOP OF THE CREAM ja dapat (ok, mata dah masuk habuk). Alhamdulillah, syukur sangat

TARIKH TUTUP

Jadi, bila iklan pasai KOMTEP 2019 ni keluaq, Cikgu Saiful/cipol/pul/Song Joong Ki ni pun post la kat fb, cakap please apply dan share perjalanan KOMTEP dia masa di Korea. Ada nampak post tu kat wall FB, tapi tu la, biaq la kat depa. Memang tak ambik port langsung (Sebab masih bingung, mampukah abang?) Dan menariknya, tarikh tutup KOMTEP tu di extend satu minggu sebab dengaq kata, kurang penyertaan tahun ni, sebab tak ramai mohon dan masa iklan dia yang sudah lewat dan singkat. Masa tu dah bulan puasa. Ntah la, tiba-tiba dia mai semangat NAK .. tanya. Bukan apply yer, cuma nak tanya. Masa tu la tehegeh-hegeh cari nombor phone Cikgu Saiful dan start la conversation.

Awai tu, dia tag di FB dan mula comment kat wall, akhirnya melarat ke wasap. Hahah. Dan Cikgu Saiful ni, (abang bukan nak kipas orang saja-saja na, ni memang nampak ikhlasnya nak tolong abang), contoh mudah, dia tak penah tak layan wasap abang yang panjang bejela tu tanya pasai project plan. Walaupun dah lewat malam, dia still reply wasap dan tak cakap pun, esok la kita sambung. Tak penah! SO, nampak tak? Dia dah naik dalam level dari Kawan to Sahabat (walaupun tak untung pun kawan dengan abang ni) dalam masa yang singkat. I can feel the warm of the relationship. Ni baru sahabat. Bukan kawan. Or stranger.

Jadi macam-macam la nasihat dia bagi kat abang dan abang pun start la bukak website kpm, search KOMTEP, dan download borang untuk mohon. Bila baca punya baca, ada seminggu ja lagi nak settlekan segala benda dalam list borang tu. Sebab terlalu banyak benda melibatkan orang luaq, (PPD, GB, staf sekolah, doctor, petrol pump boy dan pak guard sekolah), bila mana setiap hari abang kena keluaq dari pedalaman(naik bot) dan pegi ke Sibu (Utara), PPD (Selatan) dan medical checkup. Insya Allah, bila ada peluang nanti abang try share apa keperluan yang diminta dalam borang permohonan.

To be continued..

Sesi Berguru dengan Seunbaenim , Cikgu Saiful, macam korea kan? Korean SABAH!

About Me

Assalamualaikum

Hi! Saya Muhammad Amir bin Aminuddin, seorang guru di SK St Mark (M) Selangau, Sibu, Sarawak.

Orang Kedah

Saya ni orang Kedah dan sudah bertugas di pedalaman Sarawak hampir 8 tahun (2012 hingga kini). PISMP Batch ke 2, posting 2012. Saya merupakan seorang guru Sains Tahun 2 (setiap tahun bertukar), guru English (PITO program, elektif), Matematik dan Pendidikan Jasmani. .Mesti selalu orang tanya, best ka dok pedalaman? Pasaipa (kenapa) tak mau pindah? Duit banyak sebab dok Sarawak? Tak, bukan semua sangkalan tu tepat, harap tu hanya gurauan dari kawan-kawan ja. Sebab utama, jatuh hati tinggal dalam persekitaran Iban ni. Murid dan ibubapa, sangat menghormati guru. Nikmat bila kita dapat hirup udara segar dan orang kampung yang sangat baik, tu antara nikmat yang abang tak boleh nak nafi. Menjawab soalan duit banyak tu, sini abang nak betulkan miskonsepsi sesetengah individu bahawa, duit lebihan tu hanya untuk keperluan tiket tambang balik dari Sibu ke KL dan Kl ke Kedah/ Kelantan. Sebab abang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang puteri, (5 tahun dan 3 tahun) jadi tiket kapal terbang dah dikira harga dewasa walaupun kanak-kanak. Bukan boleh balik selalu, dan kos yang sangat besar setiap kali pi dan balik. Mana-mana guru yang biasa duduk di Pedalaman Sarawak dan Sabah mesti sangat arif pasai benda ni. Tapi tu bukan main point dia, abang bersyukur di postingkan di sini (Nanga Tamin) sebab banyak benda abang boleh belajaq dan lalui apa yang orang bandar (maaf ya) tak lalui di pedalaman. Nanti abang akan share kan life abang susah dan senang di pedalaman, dari bujang sampai la berkeluarga. Supaya memori ni, abang boleh simpan dan kenangkan bila mana, abang rindukan MENUA (bahasa Iban maksudnya Kampung) Nanga Tamin ni nanti.

Why this blog?

So, blog/ website ni, saya hasilkan bertujuan untuk menjawab segala persoalan, ke arah pembangunan pendidikan yang lebih bermutu dan perkongsian ilmu tentang bagaimana hidup seorang guru di pedalaman. Sebab, bagi saya, apabila ilmu dikongsi dan disebarkan adalah satu kepuasan. Jadi, saya akan cuba permudahkan penggunaan bahasa dalam penulisan blog minimalist ni. Insya Allah

DAY 44/89: Tengah mengajar lagu Wau Bulan/ Ewa Bule untuk murid Grade 3, Indeogwon Elementary School
Day 29/89: Main Padminton (Bet Pingpong dan Shuttlecock Badminton) bersama Grade 6, Indeogwon Elementary School
Design a site like this with WordPress.com
Get started